Thursday, January 31, 2008

Surprise dari papa..

Papa..
Mama terharu sebab rupanya dalam diam-diam papa ada wat permohonan keja. Keja yang boleh dekat ngan mama. Terharu sangat. Love you for this.

Wednesday, January 30, 2008

Kesihatan Mak, 30hb Januari 2008 – Lawatan ke Doktor Pakar

Mak dah umo 63 tahun. Semalam gi jumpa doktor pakar kat Hospital Queen Elizabeth. Appointment jam 11.00 pagi. Sampai dan buka je pintu bahagian specialist tu, terkejut tengok ramai orang dah compact duduk menunggu giliran. Lepas daftar, dapat nombor 27, Bilik No. 10. Hmm.. tengok nombor terkini kat pintu Bilik tu, 105. Aik?? Nampaknya kena la tunggu mesin nombor tu reset balik giliran. Tengah tunggu masa nombor sampai, sempat berbual dengan semua pesakit yang duduk dekat. Mak ngan saya memang suka berbual dengan orang. “Just killing time” kata orang putih hehe.

Jam 2.00 petang, Auntie No. 14 kuar gi makan. Dah tak larat nak tunggu. Mesin Nombor baru tunjuk Nombor 7. Aduh.. lama lagi ni. Ajak mak gi makan. Balik makan baru tuka Nombor 9. Auntie No. 11 kata dia dah tunggu dari jam 6 pagi lagi. What? Lama nya.. Sabar je la. Suma orang sakit kat situ sakit special, jadi kena lebih sabar. Terbaca gak Piagam lekat kat pintu bilik tu. “Daftar pesakit tidak lebih daripada 15 minit. Masa menunggu tidak lebih daripada 90 minit”. Penah dapat juga Kedudukan Ketiga Anugerah Pengurusan Masa Terbaik Tahun 2006. Hmm.. agaknya pengurusan dah berubah ni.

Dekat jam 4.30 petang baru dapat jumpa doktor dalam Bilik 10. Doktor tu lak macam selamba je bertanya “Mana sakit?”. Macam Doktor Am pulak. Tapi saya kesian gak doktor tu sebab fail mak tu dah banyak pindah tangan dari satu doktor, ke doktor yang lain dan dari Hospital Queen ke Hospital Luyang dan balik. So, doktor yang kita jumpa ari tu terpaksa baca balik report dari mula. Doktor Chinese cakap Malay, saya jawab English. Hehe.. saya memang bila time nervous atau marah, kuar cakap English. Ntah mungkin sebab rasa dapat express lebih baik dalam English. My sweet mother diam je takut doktor. Anyway, doktor tu cakap kantung-kantung cecair yang ada dalam perut mak masi ada. Dia cadangkan kita rancang pembedahan mak kat KL sebab kat Kota Kinabalu takda doktor yang boleh buat pembedahan tu. Dia kata takut ada kemungkinan kantung-kantung cecair tu pecah dan kena infeksi dan akan jadi lebih merbahaya kalu pembedahan kecemasan terpaksa dibuat. Tapi dengar lak dia kata camni, “..but then again, ada kemungkinan juga dia boleh hidup lama seperti biasa dengan keadaan dia sekarang”. So, saya diberikan dua kemungkinan yang tidak pasti. Apa yang pasti sekarang ialah mak saya nampak sihat saja dan tidak mau dibedah.

Ada lagi… doktor tu juga kata degup jantung mak kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. Berkemungkingan ada kerosakkan pada injap jantung. Kemungkinan yang akan berlaku, darah mak akan mengental dan boleh berlaku strok. Tapi, lagi sekali dia kata, “..but then again, ada kemungkinan juga hal ini tidak berlaku”. Doktor tu kata nak beri preskripsi ubat mencairkan darah dengan 90% keberkesanan mengelak strok tapi mak kena gi hospital tiap-tiap minggu untuk pemeriksaan. I said to the doctor, “Look doc, my mum looks fine kan? It’s not convenient for her to go for a weekly check-up in Kota Belud Hospital. It would be very stressful for her”. Doktor tu akhirnya mencadangkan preskripsi ubat lain yang memberikan efek mencairkan darah (Aspirin) tapi tidak la sebaik preskripsi ubat yang mula-mula tadi. Doktor tu check balik jenis-jenis ubat yang mak tengah ambi sekarang dan buat pembetulan mengurangkan dosage. Hmm.. baik juga doktor ni. Ada teliti.

Pas ambi ubat dan dapat forms untuk appointment bulan Mac dan April untuk scan jantung mak, tepon adik Marina untuk pick-up. Kat hospital, takda tempat untuk letak kenderaan. Kena wat macam McDonald drive through. Hujan panas tiba-tiba turun.

Adik Marina pun baru selesai scan baby kat Klinik Ibu Dan Anak. Dia kata tak puashati sebab doktor tu buat scan cepat dan tak nampak jantina bayi. Hehe.. Saya kata tak boleh la scan lama-lama takut bahaya untuk baby tu.

Pas singgah beli barang dan makan, kitaorang pun balik.

Tuesday, January 29, 2008

Tension

Mengapa la bulan Januari 2008 ni terasa lama nak abis? Really dragging. Rasanya bukan sebab purse dah nak kering. Maybe sebab expecting banyak perkara ‘major’ akan berlaku untuk tahun ini. Antara lain..

1. Monica wants to quit working for the company! Perkara yang sangat-sangat merisaukan dan menyedihkan saya. She’s my best friend, confidant and financial advisor since she joined the company (a very long long time ago). Tapi apa nak wat. Dia bagitau yang tahun depan dua orang anak dia akan menghadapi peperiksaan PMR dan UPSR and she wants to be around her kids to help them. Her father is also too old to drive the children to schools and tuitions. And of course, helping her husband run his business. Ok la, alasan-alasan dia ni make sense juga jadi, apa nak wat kan?

2. Adik saya Marina pula nak wat majlis perkahwinan dia bulan Mac ni. For sure banyak perkara nak atur. Tu yang buat risau dan penat nak fikir tu. Ini la time-time yang mencabar jadi kakak sulung sebab kena bagi support sepenuhnya bila masa diperlukan specially dalam keadaan dia sekarang ni.

3. Mei atau Jun, adik yang sama akan bersalin. Hehe.. tu sebab kelam-kabut nak urus majlis kawin. Awal bulan Mei, kena siap-siap beli barang-barang keperluan baby dan adik. Husband adik keja jauh so terpaksa la kena banyak membantu. Tapi excited juga sebab dah nak dapat anak buah baru hehe. Silap haribulan, jadi bidan terjun… alamak! Palis-palis.

4. Bulan Mei, resort syarikat akan host 300 orang anggota Kelab Harley Davidson. Kena la ambil bahagian dalam mesyuarat sebab takda orang lain nak ambi minute. Pening gak bab cakap-cakap teknikal ni. Pastu kena follow-up keja orang lagi. Pastu meeting nak slalu buat kat pulau. Aduss.. sangat la tension.

Friday, January 04, 2008

Happy New Year 2008! Yeayy..

I'm not religious but.. I still believe in our Father.
Whenever I am feeling really down, there's a whisper saying..
"He will provide". "All in good time". "Father loves you more
than you know". That gives me the will to carry on with life.
So, I give thanks to my Father and my guardian angel for
another year of life.

Pray for our Father's blessing for good health, the spirit of
patience, power of endurance, wisdom, happiness, peace
and assistance in time of hardship. Feeling his presence
with gratitude and love is assuring. He is everlasting.

Happy New Year 2008 :-)