Ini adalah lawatan ke Doktor Pakar di Queen Elizabeth Hospital yang ke-2. Mula-mula pergi ke Bahagian Kardiologi untuk buat scan jantung mak. Lama juga di situ. Pembantu perubatan membuat imbasan imej yang dirasakan bermasalah sebab doktor pakar sebelum ini mendapati carta degup jantung mak tak sekata. Cuma sikit saja tapi dia dapat kesan. Sian mak rasa dada sakit dan tidak selesa ditekan-tekan dengan alat scan. Selepas imej tertentu diambil, pembantu tu memanggil seorang doktor pla untuk membuat pemeriksaan lanjut. Doktor tu macam pelatih lagi dan mengambil kesempatan untuk belajar scan jantung. Tapi dapat juga saya tengok jantung mak dengan teliti. Dia panggil seorang senior lagi untuk buat rujukan. Senior tu orang Semenanjung. Dia mention perkataan "Calcified" dan perkataan "Aneurysm". Diorang tak perasan yang saya faham perkataan-perkataan ni sebab selalu tengok rancangan National Geographic di tv. Nampaknya bahagian internal jantung mak telah diselaputi satu lapisan keras yang dipanggil Calcification. Ini menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan dan dengup jantung yang tidak sekata akan menyebabkan kemungkinan saluran darah pecah dan darah beku (Aneurysm).
'As individuals age, calcification of the aortic valve may occur and result in stenosis.' - Keadaan ini berlaku disebabkan peningkatan usia. So, nampaknya perkara ini semula jadi juga la. Tapi mungkin juga kesan daripada ubat tinggi darah yang mak ambil untuk sekian lama. Mak kena tinggi darah pas bersalin adik bongsu, 25 tahun yang lalu. Sian mak..
Lepas dapat gambar scan, saya bawa mak pegi makmal darah untuk ujian darah dan air kencing pla. Dapat result lepas sejam berlalu (sempat pegi makan di Kepayan Ridge. Lapar sebab dah tengahari). Dapat result, mula-mula gi Bilik 11 jumpa doktor pakar limpa. Doktor tu kata kantung-kantung cecair sekitar perut mak cuma "cysts" bukan cancerous. So ok la, tak risau sangat lagi. Sekejap ja dalam bilik tu. Doktor Bilik 10 pula bincang tentang keadaan jantung mak. Dia buat penerangan tentang kemungkinan aneurysm tu dan suh saya pilih antara dua jenis ubat untuk mengekalkan kecairan darah mak. Aspirin atau Warfarin. Dia lebih menekankan penggunaan Warfarin sebab dapat mencegah berlaku pembekuan darah sebanyak 99%. Tapi masalahnya pesakit kena melakukan ujian darah 2-3 kali seminggu. Mak tinggal di kampung dan susah nak gi hospital. Doktor dan nurses di sana pun tak buat kerja dengan teliti. (Ada terdengar seorang senior nurse kat QEH kata dia risau nak pindah fail pesakit gi Kota Belud sebab dokumen fail akan gerenti hilang. Agaknya dah banyak kes macam tu berlaku). Mak pun tentu akan stress tinggal di Kota Kinabalu sebab pergerakan dia akan terhad. Kat kampung ramai saudara mara dan macam-macam aktiviti sosial kampung.
Akhirnya, saya pilih Aspirin yang keberkesanannya cuma antara 60-70% saja. Tapi oklah sekurang-kurangnya mak rasa tenang di kampung. Kalau stress, lebih cepat kena serangan jantung kan? Tanggujawab saya seterusnya ialah untuk membawa mak ke QEH KK setiap bulan untuk pemeriksaan bulanan. Ubat-ubat yang doktor bagi ialah, ubat mencairkan darah (Uniaspirin), ubat mengurangkan degup jantung mak dan ubat tinggi darah. Ini la kali pertama saya terpaksa membuat keputusan yang sukar and on the spot untuk penerusan kehidupan mak saya.. Sangat-sangat berat. Harap-harap keputusan yang tidak memudaratkan.
Melihat keadaan pesakit masa di hospital tu, saya menyedari kebanyakkan orang tua yang tidak berupaya dibawa oleh anak-anak mereka untuk pemeriksaan doktor. Ada yang terlalu tidak berdaya cuma duduk dalam kerusi roda saja. Sedih juga saya. Tambah sedih bila ingat saya sendiri tidak ada anak lagi. Entah sapa yang akan menjaga saya nanti. Sangat sedih. Harap-harap saya tidak mengalami masalah kesihatan yang perlu berurusan dengan doktor di masa tua nanti. Itu sebabnya rasa penting untuk menjaga kesihatan.
Terpaksa ambil cuti lagi. Cuti dah kurang sangat :p
No comments:
Post a Comment