Wednesday, February 18, 2009

Mom's Radioactive Iodine Treatment

Lama juga arr tak update blog saya ni hehe..

Sejak kebelakangan ni saya tersangatlah sibuk, sebab wuuyooo... terlampau la banyak hal semasa dalam jurisdiction saya yang perlu disettlekan (ecehh! Wat2 mcm important pla hehe).

Haah! Sebelum tu... resolusi yang saya baru ‘declare’ pada diri sendiri ialah tahun ini adalah untuk saya sahaja. Yup.. it’s all about me this year. Me taking care of myself better (dah lama duk belakang sebab hal2 family). Last year ada la time-time yang ‘nyawa2 ikang gitu’ hehe tapi terlalu panjang kalu cerita sini.

Masuk Januari 2009, saya sibuk menjahit kain semula i.e. baju untuk annual dinner adik bongsu dan baju tradisi kadazan untuk anak pempuan opismate. Tak la susah, tapi keja amatur ni.. you know laa.. lambat macam jalan siput.

Bulan Februari lak, urusan kesihatan mak saya kat QEH.
“Hmm.. looks like your mother’s blood test still indicate high level of thyroid hormone”. Kata Doktor Lee. “She will have to go for Radioactive Iodine Treatment for her Hyperthyroidism. If not, I’m afraid she would only be with us for maybe another 5 years”. Sambungnya lagi.

What!?? Betul ka saya dengar “Radioactive” dalam sebutan doktor tu? Aiseyy.. mcm menda2 nuklear tu. Tapi yup, tul la. Kata doktor cara tu akan memusnahkan sebahagian daripada sel-sel thyroid my mom supaya hormon thyroid dalam darah berkurang dan kurang la ransangan hormon pada kecepatan otot jantung dalam pengepaman darah supaya mengelakkan kemungkinan my mom kena strok yang disebabkan oleh pembekuan darah pada pembuluh darah akibat ritma jantung yang tidak sekata. Boleh faham ke ni? Hehe...

Kata Doktor Lee, treatment ni hanya bley wat either di KL atau di Sarawak saja. Kat Sabah lum ada lagi. Kalau nak order, kos dia dalam RM20K juga. Wahh.. banyak tu. Saya bagitau saya pilih Sarawak sebab suasananya seakan Sabah gak.

Treatment ni lebih baik dari makan ubat berterusan sebab nanti ada kesan sampingan. Radio-Iodine ni wat sekali saja dan berkesan. Kalu nanti pas treatment hormon thyroid jadi terlalu kurang pun, my mom masi boleh makan hormon dalam bentuk pil. Hormon supplement adalah natural jadi takda kesan sampingan. Pas treatment juga, mak kena jauhkan diri dari kanak2 kecil untuk jangkamasa sebulan. Tak dapatlah cucu2 dia jumpa dia dalam masa tu.

Tetiba, saya rasa sebak bila rasa semua keputusan tentang hidup mak dalam tangan saya ni. She is already 65 years old. I don’t want to think further than that.... Sib baik mak saya tak faham bahasa Inggeris, so komunikasi antara doktor tu ngan saya sahaja.

Hmm.. agak2 nya la kan, sebab thyroid ni boleh kuarkan hormon untuk mempercepatkan degupan jantung, lalu terasa seperti kita berlari beratus batu, boleh cepat men’slim’kan badan tak? Hehehehe.. dahhh.. jangan ikut ajaran sesat ni.. hehe :P

Oprah yang fames tu pun baru tau dia ada penyakit thyroid ni, tapi dia nyer hormon lak terkurang. Tu sebab badan dia cepat naik. Mungkin sapa2 yang heran napa makan sikit pun badan tetap naik, tau sapa makan banyak tapi badan tak naik2 juga, wat la blood test untuk thyroid.



1 comment:

Anonymous said...

hai..sy nk tnya tntg lpas mnum radioaktif tu ur mom dh ok ke??bahaya x??just nk tau.. :)