Wednesday, December 03, 2008

Introducing.. Jonathan, My Newest Nephew

Introducing... Jonathan Harold Jeponi.
Kiut kan... I just love him so much :)

Gambar ni waktu my sister baru je lepas bersalin beberapa jam. Masa tu dia belum dapat bangun lagi sebab lepas operation. Sian baby tak dapat breastfeed.


Ni la papa Jonathan. Tengok tangan dia tu.. cross hand dia sebab tersangatlah takut dia nak pegang baby yang baru beberapa jam lahir.




Jonathan masih color merah lagi....





Ni la rupa tahi baby yang pertama sekali. Takda bau. Warna hijau gelap dan pekat macam tar.


Jonathan berumur sebulan.


Jonathan berumur 3 bulan with my mom dan aktiviti memandikan dia.








Haaa.. pas mandi titun la. Tengok bulu mata dia tu panjang. Jeles auntie dia ni hehe.


Jonathan waktu berumur hampir 6 bulan. Sudah boleh meniarap. Haiyoo.. guling-guling dia atas tilam. Kena waspada selalu. Aktif betul baby ni.




Tak sabar mo dengar dia bercakap pla hehe.. :D

Thursday, September 25, 2008

Death Has Skipped A Generation

In my family, I have always held on to the notion that the elderly would past away first, perhaps in sequence. But that is where I am terribly wrong. With the recent passing of my first cousin, Roniah, Death has pronouncedly skipped a generation and made me frightfully aware of my own mortality. She was just 39. Her death was due to cancer. I just found out from my uncle that she had a small cancer growth in one of her ear when she was just 13 and had undergone Chemotherapy. I presumed that she did not go for a yearly check-up because she must have thought that she had completely recovered from it. Unfortunately, after a husband and 3 handsome sons, the cancer had come back with a vengeance. I saw her last while she was on holiday with her family in Kota Kinabalu in before Christmas in December 2007. She looked tired but healthy. That was the first time (the last time), she and her family drove from Kuching, Sarawak to Kota Kinabalu. Her husband was in the Army. Her health then started to rapidly deteriorate from February 2008 until her death on 21st September 2008.

I have always wondered who would be laid to rest next to my late grandmother whom we nicknamed “Nenek Samurai” (after a memorable incident where she brandished a parang to scare off her son-in-law in a fit of rage) at the hillside cemetery of my father's kampung. I would have never guessed in a million years that it would my dear cousin. The Army really do take great care of their own. My auntie informed me that they have arranged everything from transferring her body from the hospital in Kuching, flight to Kota Kinabalu then transportation to Kampung Tenghilan. They helped with the grave dig, paid their respect in full uniform and helped with the burial. We are so grateful to them.

Back at her oldest brother, Kalang’s house, I watched her youngest son who is only 4 years old running around and playing by himself full of energy and spirit. Sometimes he stumbles upon one of my aunt and cried “Mommy! Mommy!”…. Oblivious that his mother would never be around to catch him, carry him nor see him grow-up. That really breaks my heart. Everyone’s heart. May God look after this family and give them strength. May my late cousin lay in peace. Amen.

Friday, 26th September 2008

Saturday, July 05, 2008

Kalimah Cinta - Amy Search

Simpan diri ku terseksa
Nak ku luahkan ku gentar
Kekurangan ku terbongkar
Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku jamah
Bahagia yang ku cari
Awal dulu
Aku
Insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta
Terang dan terlindung
Dimana tempat nak ku singgah
Mengesan mu pasangan ditakdirkan
Ku
Rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup
Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup
Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus

Monday, June 16, 2008

Kelahiran Jonathan - 30hb Mei 2008

I am very thankful to God for the recent safe delivery of my nephew, Jonathan. It has been a long trying time for me. Bermula dari last year berazam sangat nak dapat lesen memandu semata-mata supaya dapat bantu adik gi hospital untuk bersalin. Yang menariknya, time malam sebelum adik pecah tuban, Nia mengalami migrain yang teruk sampai terpaksa tidur awal. Ingat bangun pagi migrain ilang, malangnya tak juga. Adik pla lapor yang dia pecah tuban pada kul 5 pagi lagi. Aduss... suami dia lak masi kat Sipitang.

Tengah sakit kepala, Nia drive gak adik gi Hospital Likas. Adik masuk wad 29hb Mei 2008. Hari itu Nia ngan mak dan suami adik yang baru sampai dari Sipitang kira-kira jam 11 pagi, menunggu dengan cemas di wad bersalin sampai malam. Kitaorang asyik pi jenguk tingkap kecil pada pintu wad bersalin. Nampak gak bayi-bayi yang baru lahir menggeliat tapi tak tahu yang mana satu anak adik. Nyesal tak beli topi baby yang ada warna terang supaya mudah dikenali. Ada time cemas juga bila ada baby yang Nia lihat tu tak bergerak. Tengok doktor pula tengah geleng kepala dan bagi budak tu oksigen. Sian.... anak sapa la?..

Ramai para suami, adik beradik, sedara, kawan-kawan dan ibubapa yang duduk menunggu kat luar. Anak-anak kecil berlarian ke sana-sini laju macam jet. Terhibur juga melihat gelagat mereka. Ada juga seorang suami muda tu yang matanya merah. Kawan Nia yang baru kenal kat hospital tu kata, suami tu nangis semalaman risaukan isteri dia. Kesian ya. Tapi syukurlah isteri dia selamat bersalin barulah nampak senyuman. Di tempat macam itu la Nia dapat melihat kalangan lelaki yang begitu sayangkan isteri mereka. Bertuahnya para wanita itu.

Lama-kelamaan kawasan menunggu tu cuma tinggal Nia bertiga dengan 2-3 orang suami. Adik lum kuar lagi. Last-last dapat tahu yang adik kena buat pembedahan Ceasearean sebab kedudukan bayi dia breech (oooo.. patutlah kepala Nia migrain. Macam Nia dapat rasakan baby tu tak dapat jalan kuar dan tengah stress – telepati ke?). Masa tu Nia rasa sangat takut sekali sebab macam-macam boleh terjadi. Palis.. palis.. Kitaorang tunggu hingga kul 2 pagi tapi adik tak kuar juga. Akhirnya terpaksa balik rumah juga sebab sejuknya berada dalam hospital tu sampai menyusuk tulang. Lalu dekat kantin hospital, kesian tengok ramai orang tidur berselerak saja kat lantai kantin. Ada yang berbantalkan kaki meja makan. Mereka semua adalah orang-orang dari luar bandar seperti Pitas, Kota Marudu, Kota Belud, Sipitang yang tidak mempunyai kewangan cukup untuk bermalam di tempat selesa sementara menunggu saudara-mara mereka kuar dari hospital. Nia simpati sangat-sangat.

Kul 5 pagi, berangkat balik ke Hospital Likas. Happy tengok adik tengah baring tapi dalam keadaan lemah. Paling terkejut tengok ada bayi sebelah dia. Macam tak percaya lak. Hehe.. comel sekali. Disebabkan keadaan adik, baby tu lambat dapat menyusu badan. Sampel darah menunjukkan baby adik ada banyak bilirubin yang menyebabkan baby tu kena sakit kuning (Jaundice). Adik ngan baby terpaksa masuk Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) untuk rawatan Phototherapy. Adik kata kat situ rasa macam nak gila sahaja. Nasib baik ada handphone, dapat gak berbual-bual dan bersms. Paling kecewa bila laporan sampel darah baby menunjukkan turun naik satu digit sahaja. Paling sedih bila sampel darah diambil 2 kali sehari dari tangan baby. Sampai lebam tangan bayi tu.

Nia banyak buat rujukan kat internet tentang Jaundice dan beli adik setin susu kambing jenama ‘Karihome’ memandangkan kuantiti air susu badan adik tak cukup banyak. Bilirubin dikuarkan melalui tahi sebanyak 92% dan 8% lagi melalui air kencing. Jadi baby adik kena banyak kencing dan berak. Baby juga kena dikejutkan dan diberi minum susu setiap 2 jam sekali memandangkan baby Jaundice ni lemah dan kuat tidur.

Suasana kat umah pun suram dan tegang. Macam-macam petua disuruh buat oleh pihak kuarga suami adik. Tension betul. Suami dia dapat jaga adik beberapa hari saja sebab kena balik keja di Sipitang, pastu Nia lak drive seawal kul 5 pagi dan selewat kul 7 malam hantar makanan adik tiap-tiap hari. Makanan hospital tak sesuai untuk adik. Banyaknya keta laju-laju bergerak kat highway. Kebetulan 1-Borneo Shopping Mall baru dibuka. Time tu la Nia macam men berani ja drive keta adik g hospital. Laluan: Cross jalan, buat U-Turn, masuk highway balik, lalu jambatan, pusing roundabout, pusing roundabout lagi, naik bukit yang tinggi, baru sampai Hospital Likas. Balik senang sikit. Syukur pada Tuhan, Nia selamat pergi dan balik.

Tidak tergambar betapa happynya mak Nia bila akhirnya dapat menyambut kepulangan adik dan baby. Masa dalam NICU tu, hanya suami sahaja yang dapat masuk. Lama gak Nia dan mak tak dapat lihat mereka. Lama gak adik ditahan dalam tu. Warded, 29hb Mei, bersalin awal pagi 30hb Mei dan 9hb Jun 2008, baru la dapat kuar dari hospital. Syukur mereka dah selamat balik rumah :-)

Friday, May 23, 2008

Drive Safe

Just read that sitting behind the steering wheel is the most dangerous place in the world. Really? *Gulp! * . That thought never came to my mind before. Not when I took up driving lessons last year. Owh my Gowd!! Starting to miss being driven around by chauffeurs (bus driver hehehe..) Too late. Now I am my pregnant sister’s full time driver. I still haven’t got the hang of driving. Still doing silly mistakes like shifting to the wrong gear (that happened at a traffic stop. I was supposed to shift to one but instead it was on three. But that one time only la). Recently, a taxi suddenly changed lane in front of me without signaling. I was so stunned my hand stopped at neutral. Luckily I managed to recover and put the car back in gear. Palis, palis. I hope I can elude getting into anything nasty, long enough to gain more wisdom in driving. Drive safe abg :)

Monday, May 12, 2008

Selamat Hari Ibu

Tuhan tidak boleh berada di semua tempat, maka Dia mencipta para ibu.

Pada saat kelahiran seorang anak, seorang ibu juga dilahirkan. Seorang ibu tidak wujud sebelum itu. Seorang wanita ya, tapi tidak seorang ibu. -Rajneesh

Seorang ibu, apabila melihat cuma ada empat potong kek untuk lima orang, akan terus berkata yang dia tidak teringin untuk makan kek. -Tenneva Jordan

Walau berapapun usia seorang ibu, dia akan terus memerhatikan anak-anaknya yang telah berada di pertengahan usia untuk sebarang tanda-tanda kematangan. -Florida Scott-Maxwell

Menceritakan tentang ibu saya ialah seperti menulis tentang taufan yang sangat berkuasa. - Maya Angelou

Ingatlah.. di belakang setiap wanita yang berjaya.. ada sebakul pakaian yang belum berbasuh. hehehehe.. :D

Friday, May 02, 2008

Ungu - Tercipta Untukku

Untuk abg yang dirindui..

Wednesday, April 23, 2008

Kesihatan Mak, 22 April 2008 - Queen Elizabeth Hospital

Ini adalah lawatan ke Doktor Pakar di Queen Elizabeth Hospital yang ke-2. Mula-mula pergi ke Bahagian Kardiologi untuk buat scan jantung mak. Lama juga di situ. Pembantu perubatan membuat imbasan imej yang dirasakan bermasalah sebab doktor pakar sebelum ini mendapati carta degup jantung mak tak sekata. Cuma sikit saja tapi dia dapat kesan. Sian mak rasa dada sakit dan tidak selesa ditekan-tekan dengan alat scan. Selepas imej tertentu diambil, pembantu tu memanggil seorang doktor pla untuk membuat pemeriksaan lanjut. Doktor tu macam pelatih lagi dan mengambil kesempatan untuk belajar scan jantung. Tapi dapat juga saya tengok jantung mak dengan teliti. Dia panggil seorang senior lagi untuk buat rujukan. Senior tu orang Semenanjung. Dia mention perkataan "Calcified" dan perkataan "Aneurysm". Diorang tak perasan yang saya faham perkataan-perkataan ni sebab selalu tengok rancangan National Geographic di tv. Nampaknya bahagian internal jantung mak telah diselaputi satu lapisan keras yang dipanggil Calcification. Ini menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan dan dengup jantung yang tidak sekata akan menyebabkan kemungkinan saluran darah pecah dan darah beku (Aneurysm).

'As individuals age, calcification of the aortic valve may occur and result in stenosis.' - Keadaan ini berlaku disebabkan peningkatan usia. So, nampaknya perkara ini semula jadi juga la. Tapi mungkin juga kesan daripada ubat tinggi darah yang mak ambil untuk sekian lama. Mak kena tinggi darah pas bersalin adik bongsu, 25 tahun yang lalu. Sian mak..

Lepas dapat gambar scan, saya bawa mak pegi makmal darah untuk ujian darah dan air kencing pla. Dapat result lepas sejam berlalu (sempat pegi makan di Kepayan Ridge. Lapar sebab dah tengahari). Dapat result, mula-mula gi Bilik 11 jumpa doktor pakar limpa. Doktor tu kata kantung-kantung cecair sekitar perut mak cuma "cysts" bukan cancerous. So ok la, tak risau sangat lagi. Sekejap ja dalam bilik tu. Doktor Bilik 10 pula bincang tentang keadaan jantung mak. Dia buat penerangan tentang kemungkinan aneurysm tu dan suh saya pilih antara dua jenis ubat untuk mengekalkan kecairan darah mak. Aspirin atau Warfarin. Dia lebih menekankan penggunaan Warfarin sebab dapat mencegah berlaku pembekuan darah sebanyak 99%. Tapi masalahnya pesakit kena melakukan ujian darah 2-3 kali seminggu. Mak tinggal di kampung dan susah nak gi hospital. Doktor dan nurses di sana pun tak buat kerja dengan teliti. (Ada terdengar seorang senior nurse kat QEH kata dia risau nak pindah fail pesakit gi Kota Belud sebab dokumen fail akan gerenti hilang. Agaknya dah banyak kes macam tu berlaku). Mak pun tentu akan stress tinggal di Kota Kinabalu sebab pergerakan dia akan terhad. Kat kampung ramai saudara mara dan macam-macam aktiviti sosial kampung.

Akhirnya, saya pilih Aspirin yang keberkesanannya cuma antara 60-70% saja. Tapi oklah sekurang-kurangnya mak rasa tenang di kampung. Kalau stress, lebih cepat kena serangan jantung kan? Tanggujawab saya seterusnya ialah untuk membawa mak ke QEH KK setiap bulan untuk pemeriksaan bulanan. Ubat-ubat yang doktor bagi ialah, ubat mencairkan darah (Uniaspirin), ubat mengurangkan degup jantung mak dan ubat tinggi darah. Ini la kali pertama saya terpaksa membuat keputusan yang sukar and on the spot untuk penerusan kehidupan mak saya.. Sangat-sangat berat. Harap-harap keputusan yang tidak memudaratkan.

Melihat keadaan pesakit masa di hospital tu, saya menyedari kebanyakkan orang tua yang tidak berupaya dibawa oleh anak-anak mereka untuk pemeriksaan doktor. Ada yang terlalu tidak berdaya cuma duduk dalam kerusi roda saja. Sedih juga saya. Tambah sedih bila ingat saya sendiri tidak ada anak lagi. Entah sapa yang akan menjaga saya nanti. Sangat sedih. Harap-harap saya tidak mengalami masalah kesihatan yang perlu berurusan dengan doktor di masa tua nanti. Itu sebabnya rasa penting untuk menjaga kesihatan.

Terpaksa ambil cuti lagi. Cuti dah kurang sangat :p

Friday, April 18, 2008

Marina & Harold's Wedding Reception at our Kampung Kota Belud

My sister and her husband had their wedding reception at our village house in Kota Belud on 12th April 2008. Really fun but really tiring. Have to "tampi" a few gunny sack of rice to get rid of leftover rice skins and unwanted debris. Then, have to gut a huge container of fresh fish (have never gutted so many fish in my life :p). A cow was sacrificed in the evening after the heavy rain stopped and the men (uncles and relatives) carried out the task of cleaning and chopping it to bite size pieces. Banyaknya kerja.. I am really thankful to the SIB's Women League under the leadership of Auntie Kilin (Uncle Saran's wife). They were the ones who did the cooking, prepared and served all the food for the reception. I could only help them until 4.00 a.m. cause my head started to spin and I had to go to bed.

In the morning of the reception, my sister was asked to hang the "Sepak Manggis" with an elderly gentleman at a designated location. It was customary that the "Sepak Manggis" was to be hung during odd hours. My sister's was at 9.00 am exactly. It looked cool dangling on a string from a bamboo pole with my origami peace birds "flying" by it's side hehe. It looked like a bird cage (complete with a small door). Candies and keropoks was hung on artificially made flowers at the bottom and real paper money on top. The objective of this game was to kick a rottan ball (bola raga) really hard and whoever manages a direct hit to the flower located at the centre bottom of the "Sepak Manggis", would win the prize money and a sarong. Relatives were not allowed. Only outsiders. Mr Harry, our neighbour won and my sister presented him with a hamper.

There was a good turnout of crowds. My dad came so did his brothers and sisters from Kampung Tenghilan. Guests who came from Tombovo (Harold’s side) and Kota Belud were entertained with food, drinks and karaoke competition. The downside was the hot midday sun. The weather was really warm and everyone was sweating.

Anyway, everything went well with a little tunggang tebalik and kelam kabut time of course but ok la. To this day I am still feeling worn-out. Haven't had a full day rest yet. Went straight to work :p













My sister in her 7th month pregnancy. Sangat gemok hehee..
Sian baby underneath all those layers of belt :p















Thursday, April 17, 2008

Marina & Harold's Wedding

Hi.. Have been "missing" from blogging since February. I was busy helping my sister with her wedding arrangements. First wedding in the family, so no experience at all. Thankfully everything went well. These are wedding pictures taken at Stella Maris Church in Tanjung Aru on 28 March 2008. It was a Friday, so just a few friends and relatives were able to come. Only Auntie Magline from my dad's side came. Even my dad was unable to attend cause he was in Lahad Datu stuck with something (like always..). My brother, Raymund did the honour of walking my sister to the aisle. That was great. He got the chance of wearing a formal coat hehehe.












Monday, April 07, 2008

My Eldest Brother on a mission to Timor Leste..

Sabah GOF Team Leaves For Timor Leste Tomorrow On UN Peacekeeping Mission

KOTA KINABALU, April 5 (Bernama) -- A 136-member Sabah General Operations Force (GOF) contingent leaves tomorrow to Timor Leste for a tour of duty under the United Nations peacekeeping mission.Sabah GOF commander Datuk A. Paramasivam said the team comprising four paramedics from the armed forces would serve in that country for six months under the United Nations Integrated Mission in Timor Leste. He said the team headed by Sabah Brigade Staff Officer DSP Toipi Lamat and assisted by DSP Syed Ahmad Tajuddin Syed Mohamad was the first GOF team from Sabah to be deployed for a UN peacekeeping mission.They would take over the duties from their Sarawak colleagues who are currently on a similar mission in the former portuguese colony, he told reporters when met at the Sabah General Operations Force base in Kepayan. Paramasivam said a 10-member team left for Dili on March 21 to join an advanced team to make arrangements for the mission. He said the GOF personnel in Sabah responded overwhelmingly to participate in the mission when they were asked in December to volunteer for the task.-- BERNAMA

Rasa bangga juga sebab abang sulung saya (Alfred) telah terpilih untuk mengikuti misi ini. Sempat menghabiskan masa bersama abang, kakak ipar dan anak-anak semasa mereka berada di Kota Kinabalu sebelum abang bertolak. Semoga abang diberkati Tuhan untuk sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat semasa di sana. Amen.

Thursday, February 14, 2008

Sunday, February 10, 2008

Communication Breakdown

Dear Abang

Dah 16 hari berlalu dari last Abg tepon Nia. Dah 4 malam Nia susah nak tido sampai waktu berhantu jam 2 pagi. Semalam lak tengah hujan lebat, tiba-tiba nangis 2 jam sebab sedih sangat. Pagi ni pegi keja mata bengkak dan sepet terpaksa bubuh pewarna coklat hitam supaya bos dan kawan-kawan tak perasan. Nasib baik takda yang perasan. Berat tinggal 45 kg... Hmm.. bagus gak dah kurus :-)

Nia tepon opis abg, diorang kata abg masi tengah bercuti...
Nia tak tahu berapa ari cuti abg :(
Mengapa la abg tak nak berhenpon??? Abg tak suka Nia mesej abg? Nia dah fed-up dengan mainan perasaan. Fed-up sebab abg je yang boleh tepon Nia, bila suka hati abg. Macam ada sesuatu yang abg sembunyikan dari Nia. Sori, tapi itu la yang Nia rasa and I am always right.

I don't want to complaint. I want to stay cool. Cari menda lain untuk fikir.
I don't want to look for you because sometimes I feel
you don't want me to look for you.
I only worry if something bad happen to you and I don't know
because no one else can tell me if something bad happen to you. Palis-palis.
If you don't want me, just tell me. I can take it. Silence will hurt me more.
I have a handphone, but I can't text abg coz' abg don't have
a handphone for many many months already.
I only received messages from other men from the
net I don't really want to reply.
Sometimes I feel like I just want to switch off the
handphone - geram sangat.
Long distance communication is hard for both of us.
Maybe abg dah nak give-up.

Monday, February 04, 2008

My Twin Cousin's Wedding - Fri, 1 Feb 2008

Congratulations to my lovely cousin Nolley and her husband, Khairul on their recent wedding.


Khairul is a Brunei Malay muslim and is attached to the Royal Brunei Armed Forces. Quite a good looking guy. They look cute together. I am happy for my cousin. Hope she'll be happy with her husband and new religion. Kena pakai tudung hehe.. sebab orang pompuan dalam family Khairul suma pakai tudung.

Attended the wedding reception with my sister Nancy and my mother. Met all my uncles, aunties and cousins from my father side and Nolley's chinese relatives from her mother side. Her eldest brother, Ang Ku Chai (Frederick) has 3 children (2 girls and a boy), Alex still single but brought the girlfriend and Nelly (Nolley's twin and the talkative one) has 2 lovely little girls.

All my aunties and uncles were very happy to see my mom. Dah lama tak jumpa.

Nolley and Khairul are now back in Brunei. Wouldn't be seeing her for a long time. May God bless :-)

Thursday, January 31, 2008

Surprise dari papa..

Papa..
Mama terharu sebab rupanya dalam diam-diam papa ada wat permohonan keja. Keja yang boleh dekat ngan mama. Terharu sangat. Love you for this.

Wednesday, January 30, 2008

Kesihatan Mak, 30hb Januari 2008 – Lawatan ke Doktor Pakar

Mak dah umo 63 tahun. Semalam gi jumpa doktor pakar kat Hospital Queen Elizabeth. Appointment jam 11.00 pagi. Sampai dan buka je pintu bahagian specialist tu, terkejut tengok ramai orang dah compact duduk menunggu giliran. Lepas daftar, dapat nombor 27, Bilik No. 10. Hmm.. tengok nombor terkini kat pintu Bilik tu, 105. Aik?? Nampaknya kena la tunggu mesin nombor tu reset balik giliran. Tengah tunggu masa nombor sampai, sempat berbual dengan semua pesakit yang duduk dekat. Mak ngan saya memang suka berbual dengan orang. “Just killing time” kata orang putih hehe.

Jam 2.00 petang, Auntie No. 14 kuar gi makan. Dah tak larat nak tunggu. Mesin Nombor baru tunjuk Nombor 7. Aduh.. lama lagi ni. Ajak mak gi makan. Balik makan baru tuka Nombor 9. Auntie No. 11 kata dia dah tunggu dari jam 6 pagi lagi. What? Lama nya.. Sabar je la. Suma orang sakit kat situ sakit special, jadi kena lebih sabar. Terbaca gak Piagam lekat kat pintu bilik tu. “Daftar pesakit tidak lebih daripada 15 minit. Masa menunggu tidak lebih daripada 90 minit”. Penah dapat juga Kedudukan Ketiga Anugerah Pengurusan Masa Terbaik Tahun 2006. Hmm.. agaknya pengurusan dah berubah ni.

Dekat jam 4.30 petang baru dapat jumpa doktor dalam Bilik 10. Doktor tu lak macam selamba je bertanya “Mana sakit?”. Macam Doktor Am pulak. Tapi saya kesian gak doktor tu sebab fail mak tu dah banyak pindah tangan dari satu doktor, ke doktor yang lain dan dari Hospital Queen ke Hospital Luyang dan balik. So, doktor yang kita jumpa ari tu terpaksa baca balik report dari mula. Doktor Chinese cakap Malay, saya jawab English. Hehe.. saya memang bila time nervous atau marah, kuar cakap English. Ntah mungkin sebab rasa dapat express lebih baik dalam English. My sweet mother diam je takut doktor. Anyway, doktor tu cakap kantung-kantung cecair yang ada dalam perut mak masi ada. Dia cadangkan kita rancang pembedahan mak kat KL sebab kat Kota Kinabalu takda doktor yang boleh buat pembedahan tu. Dia kata takut ada kemungkinan kantung-kantung cecair tu pecah dan kena infeksi dan akan jadi lebih merbahaya kalu pembedahan kecemasan terpaksa dibuat. Tapi dengar lak dia kata camni, “..but then again, ada kemungkinan juga dia boleh hidup lama seperti biasa dengan keadaan dia sekarang”. So, saya diberikan dua kemungkinan yang tidak pasti. Apa yang pasti sekarang ialah mak saya nampak sihat saja dan tidak mau dibedah.

Ada lagi… doktor tu juga kata degup jantung mak kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. Berkemungkingan ada kerosakkan pada injap jantung. Kemungkinan yang akan berlaku, darah mak akan mengental dan boleh berlaku strok. Tapi, lagi sekali dia kata, “..but then again, ada kemungkinan juga hal ini tidak berlaku”. Doktor tu kata nak beri preskripsi ubat mencairkan darah dengan 90% keberkesanan mengelak strok tapi mak kena gi hospital tiap-tiap minggu untuk pemeriksaan. I said to the doctor, “Look doc, my mum looks fine kan? It’s not convenient for her to go for a weekly check-up in Kota Belud Hospital. It would be very stressful for her”. Doktor tu akhirnya mencadangkan preskripsi ubat lain yang memberikan efek mencairkan darah (Aspirin) tapi tidak la sebaik preskripsi ubat yang mula-mula tadi. Doktor tu check balik jenis-jenis ubat yang mak tengah ambi sekarang dan buat pembetulan mengurangkan dosage. Hmm.. baik juga doktor ni. Ada teliti.

Pas ambi ubat dan dapat forms untuk appointment bulan Mac dan April untuk scan jantung mak, tepon adik Marina untuk pick-up. Kat hospital, takda tempat untuk letak kenderaan. Kena wat macam McDonald drive through. Hujan panas tiba-tiba turun.

Adik Marina pun baru selesai scan baby kat Klinik Ibu Dan Anak. Dia kata tak puashati sebab doktor tu buat scan cepat dan tak nampak jantina bayi. Hehe.. Saya kata tak boleh la scan lama-lama takut bahaya untuk baby tu.

Pas singgah beli barang dan makan, kitaorang pun balik.

Tuesday, January 29, 2008

Tension

Mengapa la bulan Januari 2008 ni terasa lama nak abis? Really dragging. Rasanya bukan sebab purse dah nak kering. Maybe sebab expecting banyak perkara ‘major’ akan berlaku untuk tahun ini. Antara lain..

1. Monica wants to quit working for the company! Perkara yang sangat-sangat merisaukan dan menyedihkan saya. She’s my best friend, confidant and financial advisor since she joined the company (a very long long time ago). Tapi apa nak wat. Dia bagitau yang tahun depan dua orang anak dia akan menghadapi peperiksaan PMR dan UPSR and she wants to be around her kids to help them. Her father is also too old to drive the children to schools and tuitions. And of course, helping her husband run his business. Ok la, alasan-alasan dia ni make sense juga jadi, apa nak wat kan?

2. Adik saya Marina pula nak wat majlis perkahwinan dia bulan Mac ni. For sure banyak perkara nak atur. Tu yang buat risau dan penat nak fikir tu. Ini la time-time yang mencabar jadi kakak sulung sebab kena bagi support sepenuhnya bila masa diperlukan specially dalam keadaan dia sekarang ni.

3. Mei atau Jun, adik yang sama akan bersalin. Hehe.. tu sebab kelam-kabut nak urus majlis kawin. Awal bulan Mei, kena siap-siap beli barang-barang keperluan baby dan adik. Husband adik keja jauh so terpaksa la kena banyak membantu. Tapi excited juga sebab dah nak dapat anak buah baru hehe. Silap haribulan, jadi bidan terjun… alamak! Palis-palis.

4. Bulan Mei, resort syarikat akan host 300 orang anggota Kelab Harley Davidson. Kena la ambil bahagian dalam mesyuarat sebab takda orang lain nak ambi minute. Pening gak bab cakap-cakap teknikal ni. Pastu kena follow-up keja orang lagi. Pastu meeting nak slalu buat kat pulau. Aduss.. sangat la tension.

Friday, January 04, 2008

Happy New Year 2008! Yeayy..

I'm not religious but.. I still believe in our Father.
Whenever I am feeling really down, there's a whisper saying..
"He will provide". "All in good time". "Father loves you more
than you know". That gives me the will to carry on with life.
So, I give thanks to my Father and my guardian angel for
another year of life.

Pray for our Father's blessing for good health, the spirit of
patience, power of endurance, wisdom, happiness, peace
and assistance in time of hardship. Feeling his presence
with gratitude and love is assuring. He is everlasting.

Happy New Year 2008 :-)