Thursday, March 22, 2007

Definisi "Stupid Men" Untuk Hari Ini

Orang-orang lelaki yang tidak tahu menghargai teman wanita mereka. Membuat peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh teman wanita mereka tetapi mereka sendiri mengabaikannya. Ini yang dikatakan sebagai Double Standard (buat peraturan yang sendiri tidak ikut). Lepas itu, bila teman wanita mereka mengamuk, mereka terpaksa bersusah payah mencari alasan mengapa dan kenapa sedangkan perkara seumpama ini boleh dielak dengan mudah iaitu dengan mematuhi peraturan mereka sendiri.

Contoh peraturan: Beritahu mereka bila nak pergi pejabat, dah sampai pejabat ke belum, nak keluar makan, nak jalan-jalan dengan siapa, pukul berapa balik, jangan bermesej dengan orang lelaki lain, kena beri ciuman selamat pagi dan selamat malam dan sebagainya.

"Suatu ketika dulu, dia menyatakan bahawa dia akan menjadi yang terbaik dalam hidup kita membuatkan kita mau menjadi yang terbaik untuk dia. Tapi mungkin dia telah melupai janjinya itu."

“Dah sedih mestilah teman wanita mengamuk dan merajuk sebab kalau takda reaksi langsung, sok lusah dah dengan orang lain. Dah terhantuk baru terngadah. Fikir-fikirkan lah."

No comments: